CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Rabu, 18 Februari 2009

"semalam yang hilang"


Cerita tentang "semalam" tentu banyak yang kita boleh kenangkan..ada suka ada duka. Suka sudah tentu membuat kita tersenyum dan ingin sekali mengulanginya semula. Duka membuat kita sedar akan kekurangan diri dan tidak mahu ianya berulang kembali. "Semalam" juga adalah permulaan untuk hari ini, esok dan seterusnya. 2oo8 telah kita tinggalkan penuh cerita suka, duka..dan masih ada ruang-ruang yang kosong belum lagi terisi..masih ada harapan yang tinggal harapan..masih ada janji belum tertunai. Kini 2oo9 mengambil alih.."semalam" yang terpaksa kita tinggalkan akan menjadi sejarah hidup kita yang tersendiri..hidup pasti diteruskan..masalah pasti datang..kerana orang yang tak ada masalah sebenarnya dia telah mati. Andai selama ini kita berjaya melangkah terus kehadapan..sesekali tolehlah kebelakang..kerana "semalam" yang kita tinggalkan menggamit cerita suka duka kita.

0 ulasan: