CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Rabu, 18 Februari 2009

"Korban" - kepentingan korban


Walaupun ibadat korban sudah berlalu namun setiap tahun umat Islam pasti menyambut Aidiladha atau hari raya korban. Ibadah korban dalam hidup manusia mempunyi sejarah yang paling panjang iaitu sejak korban pertama manusia untuk Allah daripada Qabil dan Habil. kedua-dua putera Adam dan Hawa itu dikehendaki menyediakan korban bagi menyelesaikan konfilik calon isteri dengan pasangan kembar masing-masing iaitu Labuda (kembar Habil) dan Iqlima (kembar Qabil).
Walaupun Habil sepatutnya menikahi Iqlima dan begitu juga sebaliknya Qabil dan Labuda, Qabil menentang penjodohan itu menyebabkan dua beradik lelaki itu dikehendaki menyediakan korban bagi mentukan siapa layak mengahwaini Iqlima yang lebih cantik itu. Habil seorang penternak menyediakan korban seekor kibas yang paling baik, gemuk dan disayangi, manakala Qabil, seorang petani, menyediakan gandum yang busuk dan tidak lagi sesuai untuk dimakan, sebaliknya menyimpan yang baik untuk dirinya.
Koban Habil yang terbaik dan ikhlas itu diterima Allah dan melayakkan beliau mengahwini Iqlima manakala korban Qabil tertolak dan peristiwa itu berakhir dengan pertumpahan darah pertama manusia apabila Qabil membunuh Habil.
Seterusnya, korban dalam Islam menjadi satu tuntutan yang besar pahlanya berikutan ujian yang dihadapi Nabi Ibrahim yang diarah menyembelih anaknya, Nabi Ismail.
Allah merakamkan kisah ketika Nabi Ibrahim menyampaikan perintah Allah kepada Nabi Ismail dan apa yang dijawab oleh Nabi Ismail.
Firmaan Allah bermaksudnya:
"Wahai anakku.! Sesungguhnya aku bermimpi dalam tidurku aku diperintah menembelih engkau, bagaimanakah pendapatmu? jawab Ismail:
"Wahai ayahku, laksanakanlah apa-apa yang diperintahkan oleh Allah kepadamu" (as-shaaffat, ayat 102)
Ujian yang berat itu berkahir dengan peristiwa penuh pengajaran apabila Allah menggantikan korban Nabi Ismail dengan seekor kibas dari syurga tampa perlu membatalkan pelaksanaan korban Nabi Ibrahim. Diriwayatkan Al-Bukhari dan Muslim daripada Anas RA, Katanya: Nabi Muhammad SAW mengorbankan dua kambing yang berbulu hitam dan putih, aku melihatnya meletakkan kedua-duan kakinya di atas tengkuk kedua-kedua kambing itu, membaca Bismillah dan bertakbir dan kemudian menyembelih haiwan itu dengan tangannya sendiri. Baginda meletakkan kakinya di atas tengkuk kambing itu supaya binatang itu tidak meronta bagi memudahkan penyembelihan. Rasulullah SAW menyembelih kambing itu dengan tangannya, yang menujukan penting ibadat korban dilakukan sendiri oleh orang yang melakukan korban.
* berkorban harta untuk insan-insan yang memerlukan.

0 ulasan: