CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Khamis, 26 Februari 2009

KENAPA PPSMI.???

Ada pihak yang takut kalau-kalau satu hari nanti bahasa melayu akan hilang hanya keran kerajaan melaksanakan PPSMI di sekolah. Betul ke ini boleh berlaku.? Kebimbangan ini hingga membawa ada pihak membuat lapuran polis dan "road show" untuk menghimpunkan 100,000 rakyat bagi mendesak kerajaan menghapuskan PPSMI..dasyat jugak ni.!!. Tapi cuba kita fikir-fikirkan sejenak, persoalannya..sejak orang-orang cina datang ke malaya (Malaysia) dah berapa juta kah, orang melayu yang pandai bercakap bahasa cina.?, tak kiralah hokkien ke mandarin ke.!!..dan berapa jutah kah orang melayu yang dah gagap atau yang dah tak tahu lagi bercakap dalam bahasa melayu.!! kalau ada pun jumlahnya terlalu kecil..atau jarang-jarang kata P.Ramlee..dan pernah ke kita bimbang selama ini!! tapi mengapa bila "pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris" kita takut sangat kalau-kalau orang-orang melayu dah tak tahu nak bertutur dalam bahasa ibuda..dan kenapa kita tak bimbang bahasa rojak yang digunakan oleh remaja-remaja sekarang.? "takkan melayu hilang didunia" kita kena yakin dan percaya ini. Kerajaan seharusnya memperbaiki perkara ini,..jangan sampai guru-guru dan para pelajar menjadi keliru.

jebat : pelik bila bangla datang sini 2 bulan dah pandai cakap melayu adoiii..huhu

Isnin, 23 Februari 2009

JANGAN BEKUKAN OTAK ANDA


Kita sering terlupa bahawa otak kita sinonim dengan "rasa ingin tahu", ia membuatkan kita sering melontarkan pertanyaan "kenapa..apa tu"..untuk mengetahui sesuatu perkara. Akan tetapi semakin kita membesar, kita semakin malas untuk melontarkan pertanyaan ini tambahan lagi pada sesuatu perkara yang memang kita tidak tahu mengenainya dan kesanya, pemikiran kita menjadi lebih sempit, macam buntu tersekat sekat dan kita tidak nampak lebih peluang dan penyelesaian kerana kita tidak tahu banyak perkara. Anda perlu ingat, otak yang sering berasa ingin tahu adalah otak yang sedang berfikir. Ia akan melahirkan banyak teori dan ramalan. Latih diri anda untuk berasa ingin tahu dan lontarkan pertanyaan, "Kenapa?" kepada orang yang lebih mengetahuinya. Anda akan lihat kesannya di dalam hidup dan kerjaya anda.

Jebat : banyak pk..dn jangan sempitkan fikiran anda.

Ahad, 22 Februari 2009

Jenayah Membawa Padah


Usaha memerangi jenayah bukan je kita letak kepada polis, semua kaum perlu sama-sama ambil berat ini hal. Kalau kita tengok sekarang ni, penjenayah dah macam hero..ada orang backing lagi, pe ke hal ni.? Penjenayah pun bukan satu bangsa..macam-macam bangsa ada..takkanlah polis nak pilih-pilih..bangsa ni leh tangkap..bangsa ni jangan tangkap atau tak boleh tembak. Kalau macam ni polis pun dah susah nak buat keje..tembak je, sok pagi orang ramai dah tunggu depan balai polis..bising-bising suruh tubuhkan suruhanjaya diraja bagi menyiasat kes tersebut. Patutnya semua pihak termasuk pemimpin kaum kena pro lah..sama-sama bantu pihak polis..bukan macam kat dalam cerita industan tu..kes jenayah ni jangan dilihat dari segi kaum..jenayah bukan hanya tertumpu pada satu-satu kaum je..yang salah kita bawa kemuka pengadilan..terbukti salah kita hukum dia, tak kira dia orang apa. Polis kena utamakan kepentingan majoriti dan bukannya terikut-ikut rentak sekerat dua golongan.

jebat : rakan cop (bantu jugak tu)

Jumaat, 20 Februari 2009

Politik..Politik..Politik


hHuuuuu..politik3x..bila yang nak buat kerjanya ni.? keadaan politik selepas PR12 masih membara, membakar dan demonstrasi jalanan kejap-kejap ada kat sana..kejap-kejap ada kat sini..macam-macam aksi ditunjukkan setiap minggu..kalau terus-terusan macam ni, pakat tak payah buat kerja lainlah..jangan kata pemimpin, rakyat pun tak boleh nak buat kerja..kejap-kejap nak mengundi, duit lagi !..kalau pergi mengundi dapat gaji elok jugak. Wakli rakyat yang dah meniggal tu lain hal lah memang nak kena mengundi....yang tak meniggal buat hal pulak, adoiii. Setengah rakyat dah mula muak dan bosan bila tengok agenda politik yang seolah-olah meganggu kehidupan rakyat..rakyat membayangkan seolah-olah keadaan tidak setabil..harga barang naik..pekerja ramai yang dah balik kampung. Pemimpin yang dah dipilih dalam pilihanraya yang lalu sama ada dari kerajaan atau pembangkang, janganlah merasa diri telah mendapat sokongan sepenuhnya..rakyat mengharapkan pemimpin yang berkarisma, bijak, jujur dan amanah..bukan sekadar pandai melompt parti je..masih ada ramai lagi rakyat yang tak memilih pun..wakil rakyat kena buat kerja dan memikirkan masalah ekonomi yang melanda seluruh dunia..apa cerita bajet rangsangan yang diumumkan baru-baru ini..para pemimpin kita macam malas nak merumuskan dengan lebih teperinci..kalau ada pun ianya telah dilindungi dengan cerita-cerita politik yang memualkan.sudah-sudahlah..huuu.

*fikir-fikirkanlah..buatlah sesuatu demi negara tercinta.
(jebat serah keris pada tuah demi menamatkan pertelingkahan)..berani ke.?

Khamis, 19 Februari 2009

DERHAKA KAH JEBAT.?



DERHAKANYA JEBAT BUKAN KERANA TUAH..TAPI KERANA ADA BANGSANYA YANG BERPALING TADAH.
sultan atau raja wujud bukan pada zaman kesultanan melaka, tapi ianya wujud sejak zaman nabi lagi..tapi kenapa ada rakyat diMalaysia ni masih nak kata raja dan rakyat biasa adalah sama..memang betul..namun Allah telah memberi darjat kepada sultan atau raja-raja ini..diMalaysia sama ada melayu, cina, india dan bangsa-bangsa lain telah menerima
keadaan ini..bangsa-bangsa lain selain melayu telah menerima sultan sejak kegemilangan melaka lagi cuma sekarang ni, ada sekerat dua melayu dan bangsa lain yang dah memang menjadi warga negara pun..yang tak sedar diri atau seolah-olah nak jadi jebat alaf baru. Sultan atau raja adalah lambang kepada kedaulatan dan keharmonian..tapi kenapa bila ada kepenting kepada diri sendiri, kita cuba memohon nak menderhaka kepada sultan.?..sepatutnya DERHAKA ni tidak wujud lagi pada zama ini..fikir-fikirkanlah. "Janganlah kau hadir jebat derhaka, kerana Tuah takan kembali lagi"..dan "SEMALAM YANG HILANG" hanya dalam kenangan.

"Daulat Tuanku..Daulat Tuanku..Daulat Tuanku"

Rabu, 18 Februari 2009

"semalam yang hilang"


Cerita tentang "semalam" tentu banyak yang kita boleh kenangkan..ada suka ada duka. Suka sudah tentu membuat kita tersenyum dan ingin sekali mengulanginya semula. Duka membuat kita sedar akan kekurangan diri dan tidak mahu ianya berulang kembali. "Semalam" juga adalah permulaan untuk hari ini, esok dan seterusnya. 2oo8 telah kita tinggalkan penuh cerita suka, duka..dan masih ada ruang-ruang yang kosong belum lagi terisi..masih ada harapan yang tinggal harapan..masih ada janji belum tertunai. Kini 2oo9 mengambil alih.."semalam" yang terpaksa kita tinggalkan akan menjadi sejarah hidup kita yang tersendiri..hidup pasti diteruskan..masalah pasti datang..kerana orang yang tak ada masalah sebenarnya dia telah mati. Andai selama ini kita berjaya melangkah terus kehadapan..sesekali tolehlah kebelakang..kerana "semalam" yang kita tinggalkan menggamit cerita suka duka kita.

"Melayu oh Melayu"

Melayu Oh Melayu
dimana ramainya melayu..
tentunya di Kelantan dan juga Terengganu..
pasar malam dan pasar minggu..
berdemonstrasi pun banyak melayu..
di Jom Heboh dahlah tentu..

Melayu oh Melayu
dikedai 4D nasib di adu..
untung nasib untung beribu..
tapi memang mis selalu..
nasib tak baik makan nasi dengan ubi kayu..
muka masam fikiran buntu..

Melayu oh Melayu
dulu kini dan selamanya..
tapi sampai bila..!
jangan melayu mudah lupa..
kata-kata bekas PM kita..
jangan pulak rasa bangga..
yang jadi jutawan sekerat dua..
yang banyak orang cina..
orang melayu sengeh aje..

jebat melayu ke..macam jawa je hikhik..

"Korban" - kepentingan korban


Walaupun ibadat korban sudah berlalu namun setiap tahun umat Islam pasti menyambut Aidiladha atau hari raya korban. Ibadah korban dalam hidup manusia mempunyi sejarah yang paling panjang iaitu sejak korban pertama manusia untuk Allah daripada Qabil dan Habil. kedua-dua putera Adam dan Hawa itu dikehendaki menyediakan korban bagi menyelesaikan konfilik calon isteri dengan pasangan kembar masing-masing iaitu Labuda (kembar Habil) dan Iqlima (kembar Qabil).
Walaupun Habil sepatutnya menikahi Iqlima dan begitu juga sebaliknya Qabil dan Labuda, Qabil menentang penjodohan itu menyebabkan dua beradik lelaki itu dikehendaki menyediakan korban bagi mentukan siapa layak mengahwaini Iqlima yang lebih cantik itu. Habil seorang penternak menyediakan korban seekor kibas yang paling baik, gemuk dan disayangi, manakala Qabil, seorang petani, menyediakan gandum yang busuk dan tidak lagi sesuai untuk dimakan, sebaliknya menyimpan yang baik untuk dirinya.
Koban Habil yang terbaik dan ikhlas itu diterima Allah dan melayakkan beliau mengahwini Iqlima manakala korban Qabil tertolak dan peristiwa itu berakhir dengan pertumpahan darah pertama manusia apabila Qabil membunuh Habil.
Seterusnya, korban dalam Islam menjadi satu tuntutan yang besar pahlanya berikutan ujian yang dihadapi Nabi Ibrahim yang diarah menyembelih anaknya, Nabi Ismail.
Allah merakamkan kisah ketika Nabi Ibrahim menyampaikan perintah Allah kepada Nabi Ismail dan apa yang dijawab oleh Nabi Ismail.
Firmaan Allah bermaksudnya:
"Wahai anakku.! Sesungguhnya aku bermimpi dalam tidurku aku diperintah menembelih engkau, bagaimanakah pendapatmu? jawab Ismail:
"Wahai ayahku, laksanakanlah apa-apa yang diperintahkan oleh Allah kepadamu" (as-shaaffat, ayat 102)
Ujian yang berat itu berkahir dengan peristiwa penuh pengajaran apabila Allah menggantikan korban Nabi Ismail dengan seekor kibas dari syurga tampa perlu membatalkan pelaksanaan korban Nabi Ibrahim. Diriwayatkan Al-Bukhari dan Muslim daripada Anas RA, Katanya: Nabi Muhammad SAW mengorbankan dua kambing yang berbulu hitam dan putih, aku melihatnya meletakkan kedua-duan kakinya di atas tengkuk kedua-kedua kambing itu, membaca Bismillah dan bertakbir dan kemudian menyembelih haiwan itu dengan tangannya sendiri. Baginda meletakkan kakinya di atas tengkuk kambing itu supaya binatang itu tidak meronta bagi memudahkan penyembelihan. Rasulullah SAW menyembelih kambing itu dengan tangannya, yang menujukan penting ibadat korban dilakukan sendiri oleh orang yang melakukan korban.
* berkorban harta untuk insan-insan yang memerlukan.

"YANG BERKHDIMAT TURUN PADANG"


sibuk betul YB ni..ni baru betul turun padang hikhik..
(YB ADUN Ujung Padang dari parti pinggan mangkuk)
Dah jadi YB ni kena la buat keje..kena tengok ape keperluan rakyat..kemudahan yang patut disediakan..kebajikan kena jaga, kenduri kendara kalau dah dijemput tu jangan tak datang lak..kata org sekarang kena turun padang haa gitu..jangan asik turun padang golf je..hikhik.

jebat : turun padang jadi penonton je.

"sekilas Info"


Yang Dipertuan Besar negeri Sembilan adalah raja berperlembagaan yang memerintah semua tanah jajahan adat di negeri Sembilan. Negeri itu mengamalkan sistem dua kerajaan iaitu Adat Perpatih dan Legislatif. Sejarah perlantikan Yang Dipertuan Besar bermula pada abad ke-17 Masihi, apabila negeri-negeri kecil atau luak terawal iaitu Sungai ujong, jelebu, Johol, Rembau, Jelai (Inas), Kelang, Naning, Segamat dan pasir Besar, dan Ulu Pahang (Kenaboi) bercantum menjadi Negeri Sembilan. Raja Melewar (Minangkabau) dari Pagar Ruyung diundang menjadi Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan yang pertama pada 1773-1795.