CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Isnin, 23 Februari 2009

JANGAN BEKUKAN OTAK ANDA


Kita sering terlupa bahawa otak kita sinonim dengan "rasa ingin tahu", ia membuatkan kita sering melontarkan pertanyaan "kenapa..apa tu"..untuk mengetahui sesuatu perkara. Akan tetapi semakin kita membesar, kita semakin malas untuk melontarkan pertanyaan ini tambahan lagi pada sesuatu perkara yang memang kita tidak tahu mengenainya dan kesanya, pemikiran kita menjadi lebih sempit, macam buntu tersekat sekat dan kita tidak nampak lebih peluang dan penyelesaian kerana kita tidak tahu banyak perkara. Anda perlu ingat, otak yang sering berasa ingin tahu adalah otak yang sedang berfikir. Ia akan melahirkan banyak teori dan ramalan. Latih diri anda untuk berasa ingin tahu dan lontarkan pertanyaan, "Kenapa?" kepada orang yang lebih mengetahuinya. Anda akan lihat kesannya di dalam hidup dan kerjaya anda.

Jebat : banyak pk..dn jangan sempitkan fikiran anda.

0 ulasan: