CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Khamis, 28 Januari 2010

Pemasyhuran Tunku Mahkota Johor


28 Jan. 2010 Raja Muda Johor, Tunku Ismail Idris Sultan Ibrahim dimasyhurkan sebagai Tunku Mahkota Johor.

Pemasyhuran berdasarkan Undang-Undang Tuboh Negeri Johor 1895, yang diistiharkan oleh Sultan Johor, Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar, di Istana Besar pada pukul 3.20 petang.

"Setelah diisytiharkan sebagai Sultan, saya berhak dan bertanggungjawab mengikut Undang-Undang Tuboh Negeri Johor memilih dan melantik seorang waris bergelar Tunku Mahkota Johor."

"Bahawasanya, bagi menjalankan tugas di bawah perengan 1, fasal 7, bahagian pertama Undang-Undang Tuboh Negeri Johor 1895, saya, Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan dan Yang Dipertuan bagi negeri dan jajahan takluk Johor mengikut nasihat Jumaah Diraja dengan ini memilih dan melantik anakanda Duli Yang Maha Mulia Tunku Ismail menjadi waris takhta kerajaan Johor dan digelar Tunku Mahkota Johor," isytihar baginda. amin.


* berita dipetik dari utusan malaysia

0 ulasan: